Tetap - Sepenuh Masa
Pembantu Operasi Jualan & Servis (Pekan)
Jualan & Pemasaran
1.7K hingga 2K RM
Kuantan, Pahang
Kelayakan Yang Diperlukan
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma, Diploma Lanjutan / Tinggi / Ijazah, Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan / Jualan & Pemasaran / Hubungan Pelanggan / Komunikasi. atau bidang yang berkaitan.
- Calon yang berpengalaman dalam bidang berkaitan adalah digalakkan.
- Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun bekerja dalam bidang berkaitan.
- Pemahaman asas prinsip jualan dan servis dalam perniagaan.
- Kemahiran menggunakan Microsoft Excel, Word atau perisian pejabat lain.
- Semangat untuk belajar dan mengambil inisiatif dalam suasana profesional.
Deskripsi Tugas
- Melaksanakan kerja jualan dan servis bagi setiap kempen dan projek syarikat selari dengan matlamat, objektif, proses dan hasil yang jelas, efisien dan efektif
- Memastikan hasil kerja dihantar tepat pada masanya dan memenuhi piawaian kualiti
- Membantu bersama dalam semua kempen yang dilancarkan
- Bekerjasama rapat dengan pasukan pemasaran, pasukan pengurusan bahagian dan pasukan pengurusan tinggi
- Menganalisis tren pasaran dan pesaing, serta mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kedudukan kompetitif syarikat
- Susun risikan maklumat pasaran dan pembangunan baru dalam pasaran
- Bertanggungjawab ke atas pembentangan operasi jualan dan servis setiap projek dan kempen syarikat
- Membina dan memelihara hubungan dengan pelanggan utama, rakan kongsi, pihak berkepentingan, dan agensi yang berkaitan
- Secara proaktif mengenal pasti prospek yang sesuai, menetapkan janji temu, membuat rancangan cadangan yang berkesan dan mengurus kitaran jualan untuk menutup potensi perniagaan baharu
- Mencari prospek jualan baharu, berunding dan mengekalkan kepuasan pelanggan
- Mengendalikan panggilan jualan dan perkhidmatan pelanggan
- Berunding dengan pelanggan dan mendapatkan transaksi urus niaga dan mengendalikan aduan
- Bekerjasama dengan ahli pasukan untuk mencapai keputusan yang lebih baik
- Kumpul maklum balas daripada pelanggan atau prospek
- Melaksanakan tugas pentadbiran perniagaan, termasuk memproses invois dan menjana laporan jualan daripada kewangan syarikat
- Pengurusan data (CRM) dengan menyusun data, pertemuan atau perhubungan dengan individu dan kumpulan secara dalam talian atau luar talian
- Bekerja rapat dengan Pembelian untuk mendapatkan dan memenuhi keperluan pelanggan tepat pada masanya
- Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan