Tetap - Separuh Masa

Pembantu Operasi Pembersihan

Pembangunan Sumber
1.7K hingga 2K RM
Kuantan, Pahang
Kelayakan Yang Diperlukan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Profesional, yang setaraf dengannya.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Calon yang berpengalaman dalam bidang berkaitan adalah digalakkan.
  • Semangat untuk belajar dan mengambil inisiatif dalam suasana profesional.
Deskripsi Tugas
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas persiapan dan logistik sebelum dan selepas majlis rasmi atau mesyuarat seperti alat siaraya dan kerusi/meja.
  • Membersih dewan/bangunan/bilik-bilik mesyuarat serta kawasan berkaitan operasi syarikat.
  • Menyedia dan mengangkut peralatan/barang-barang ke tapak kerja.
  • Membersihkan tapak kerja serta mengangkut sampah sarap dari tapak kerja selepas selesai tugas.
  • Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti pembersihan longkang, pemotongan rumput dan dahan pokok serta tugas-tugas landskap serta keceriaan kawasan.
  • Memastikan peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baik untuk digunakan pada bila-bila masa.
  • Menjalankan pemeriksaan harian/berkala ke atas peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan.
  • Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan.
  • Membantu menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan membaik pulih kerosakan kecil.
  • Membantu kerja-kerja sokongan teknikal berkaitan elektrik dan elektronik, penanaman pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain lain yang berkaitan.
  • Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan
Faedah

Hubungi Kami Untuk Konsultasi Percuma

Hubungi kami terus untuk mendapatkan konsultasi.

Dalam Penyelenggaraan.