Tetap - Sepenuh Masa

Pembantu Operasi Reka Bentuk (Junior Designer)

Rekaan & Dekorasi
2K hingga 2.5K RM
Kuantan, Pahang
Kelayakan Yang Diperlukan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekaan Pameran / Rekaan Dalaman / Seni Bina / Rekaan Industri / dll., atau bidang yang berkaitan.
  • ⁠Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun bekerja dalam bidang berkaitan.
  • ⁠Calon yang berpengalaman dalam bidang berkaitan adalah digalakkan.
  • ⁠Kemahiran menggunakan Perisian Kreatif dan perisian pejabat lain.
  • ⁠Pemahaman asas prinsip rekaan dan dekorasi.
  • ⁠Semangat untuk belajar dan mengambil inisiatif dalam suasana profesional.

Deskripsi Tugas
  • Membangunkan dan melaksanakan rekaan dan dekorasi dari konsep kepada hasil akhir untuk setiap projek dan acara syarikat
  • Menggunakan pelbagai teknik visualisasi (lukisan, pemaparan 3D, pembuatan model) dan bekerja secara kolaboratif dengan pasukan jualan dan pemasaran dan pasukan pembangunan perniagaan
  • Bertanggungjawab untuk rekaan dan dekorasi termasuk seni bina tempat, susun atur objek, objek pameran, kotak pameran yang melibatkan pengalaman pengguna
  • Merancang strategi dan pelan rekaan dan dekorasi bagi projek dan acara syarikat yang selari dengan mesej yang syarikat ingin sampaikan berdasarkan panduan jenama syarikat
  • Melawat tapak, penggayaan unit dan penyeliaan untuk kawalan kualiti
  • Memimpin proses rekaan dan dekorasi melalui proses pembinaan, menguruskan  dokumentasi projek dan acara, menyelia pasukan, kontrak projek dan acara dengan mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut bajet
  • Memimpin pemantauan, penjejakan dan pelaporan hasil dan keberkesanan bagi setiap projek dan acara syarikat
  • Memastikan operasi bahagian rekaan dan dekorasi berjalan mengikut sistem perakaunan, pelaporan, pengurusan rekod dan kawalan dalaman yang tepat dan lengkap
  • Bertanggungjawab ke atas pembentangan rekaan dan dekorasi kepada pelanggan dan pasukan dalaman dengan jelas
  • Membina dan memelihara hubungan dengan pelanggan utama, rakan kongsi, pihak berkepentingan, dan agensi yang berkaitan
  • Menganalisis tren pasaran dan pesaing, serta mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kedudukan kompetitif syarikat
  • Kekal relevan dengan arah aliran (trend) semasa dalam industri dengan menghadiri peluang pendidikan, persidangan dan bengkel, membaca penerbitan dan mengekalkan rangkaian peribadi dan profesional
  • Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan
Faedah
  • EPF/ SOCSO
  • Elaun bulanan
  • Ganjaran Tugas
  • Tuntutan Perubatan

Hubungi Kami Untuk Konsultasi Percuma

Hubungi kami terus untuk mendapatkan konsultasi.

Dalam Penyelenggaraan.